KUALA LUMPUR: “Man Raja Lawak (RL) tidak pernah menganggotai pertubuhan ini kerana dia hanya diundang mengacarakan sambutan hari keluarga tetapi kami akui ramai selebriti tempatan terbabit dalam pertubuhan tali persaudaraan ini,” kata Setiausaha Agung Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas) Malaysia, Assri Ismail.
Beliau mengulas kontroversi membabitkan Juara Raja Lawak musim kelima, Abd Rahman Kassim, 33, selepas pelawak berkenaan didakwa menyertai kumpulan samseng.
Harian Metro Selasa lalu melaporkan Man RL didakwa menyertai kumpulan samseng selepas dia dilihat mengacarakan majlis keraian dan menghiburkan tetamu anjuran Persatuan Anak Semenyih (PAS) dan Batas Hulu Langat di Semenyih, Ahad lalu bersama rakan, Rahim R2 Raja Lawak.
Menurut Assri, Batas bukan pertubuhan samseng atau ‘kongsi gelap’ seperti mana didakwa pihak tertentu kerana pertubuhan itu baru saja ditubuhkan setahun lalu dan ia berdaftar di bawah Pertubuhan Pendaftar Malaysia (PPM) yang menyokong dasar kerajaan serta menyatakan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
“Kami bukan samseng jalanan sebaliknya memperjuangkan tali persaudaraan warga Bumiputera selain mendidik semula golongan muda bermasalah menjadi aset berguna kepada kerajaan,” katanya. Kata Assri, mustahil untuk pelawak terbabit menganggotai kongsi gelap kerana program yang dianjurkan pada hari terbabit turut dihadiri Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Batas bukan hanya disertai orang kebanyakan malah ia juga dianggotai pemimpin politik dan selebriti tanah air. Sehingga tahun ini kami mensasarkan mampu mencapai sehingga dua juta ahli yang bergerak secara sah dan diiktiraf kerajaan.
“Dan hari ini (semalam), Batas terpanggil memberi penjelasan bahawa perjuangan utama pertubuhan ini adalah mengajak golongan muda yang pernah menganggotai kongsi gelap kembali ke landasan yang benar bagi menyokong kerajaan,” katanya.
Kata Assri, pertubuhan itusentiasa dipantau polis dan kerajaan, sehubungan itu jika ada di antara ahli terbabit dengan kegiatan menyalahi undang-undang, maka mereka juga tidak terlepas diheret ke muka pengadilan.
Menurut Assri, Batas turut bergerak aktif sebagai pertubuhan yang mengawal daripada wujudnya serpihan kongsi gelap dan samseng jalanan, berikutan itu banyak program dijalankan bagi mengembalikan pandangan baik masyarakat kepada mereka.
“Golongan muda diasuh, dibimbing dan diberi pendidikan semula untuk berkhidmat bersama kerajaan supaya mereka mempunyai panduan dan hala tuju yang cerah. Oleh itu tidak layak Batas digelar sebagai ‘kongsi gelap’ kerana kami bergerak sebagai ‘kongsi terang’ berkepentingan kepada masyarakat, agama dan negara” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/03/23
Peringatan
Arahan kepada Pengerusi BATAS Negeri-Negeri, Daerah-Daerah & Ahli Majlis PLG Bersatu. Semua diminta bertenang terhadap sebarang bentuk PROVOKASI PERKAUMAN ekoran daripada keputusan PRU-13 oleh mana-mana pihak. Segala bentuk arahan & pendirian BATAS Malaysia akan dibuat oleh Majlis Presiden yg pada ketika ini sedang 'memantau serius' atas kesan-kesan yang timbul dari keputusan PRU-13. BATAS Malaysia kekal dengan pendirian berdiri teguh bersama Kerajaan Malaysia demi perpaduan sejagat. Sebarang perilaku 'memihak' kepada mana-mana parti siasah adalah bersifat pribadi serta tidak mencerminkan dasar & pendirian rasmi BATAS Malaysia. - Pejabat SUA BATAS Malaysia.SK - YM PLG Al- RAWA (Presiden BATAS)
Penafian Dari BATAS
Merujuk dari kenyataan media ( Harian Metro 10/4/13 Mukasurat 2 & 12 ) BATAS Malaysia mengulangi penafian sekeras kerasnya tentang dakwaan direkrut oleh KOR Risikan ATM untuk mencetuskan huru hara pada PRU ke 13 ini. BATAS Malaysia adalah sebuah organisasi perjuangan pencinta keamanan serta komited dalam usaha memelihara keamanan serta mempertahankan kedaulatan negara. Segala tuduhan adalah usaha mengambing hitamkan BATAS Malaysia atas rancangan buruk pihak pihak tertentu pada PRU ke 13. Salam - Assri Ismail ( Setiausaha Agung BATAS Malaysia )
Sekalung Tahniah Diucapkan Kepada YM Ayah PLG Al-Rawa
Reply
Seluruh Kepimpinan serta Warga BATAS Malaysia dan Ahli Majlis PLG Bersatu mengucap setinggi tahniah kepada YM Ayah PLG Al-Rawa selaku Presiden BATAS Malaysia atas anugerah oleh Institusi Kesultanan Perak Darul Ridzuan pada 8 Mac 2013 dengan gelaran ' Panglima Di Raja'. Salam Perjuangan
Takziah Kepada Pewira Negara
Presiden serta kepimpinan BATAS Malaysia di semua peringkat merakamkan setinggi takziah kepada bara balu Pewira Negara yang telah gugur diperBATASan Negara Lahad Datu, Sabah. Kepada yang beragama Islam, kami doakan semoga Roh mereka diterima Allah sebagai Roh Shuhada'. Al- Fatihah. Kami warga BATAS Malaysia berdiri bersama ATM & PDRM dalam mempertahankan Kedaulatan Negara dan siap sedia mara ke saff hadapan mempertahankan pertiwi. Allah Hu Akhbar !!
Perutusan Ramadhan
Assalamualaikum