Kepada,
Pengerusi
BATAS PULAU PINANG.
U.P. YM Ayahanda
Assalamu’alaiku WBK.
Arahan Gerak Kerja Penubuhan BATAS Negeri dan BATAS Daerah.
Merujuk kepada perkara di atas dengan hormatnya di maklumkan bahawa YM diarah menjalankan gerakkerja seperti berikut :-
1.- Membentuk serta melantik Exco BATAS Negeri seperti berikut ( Fasal 11 Perlembagaan BATAS Malaysia ) :-
1.1.– Timbalan Presiden BATAS Negeri.
1.2. – Setiausaha Kehormat.
1.3. – Bendahari Kehormat.
1.4. – Pegawai Penerangan.
2. Melantik pengerusi-pengerusi BATAS Daerah mengikut kawasan parlimen. Pengerusi-pengerusi BATAS Daerah ini secara automatik menjadi Ahli Exco BATAS Negeri.
3. Presiden BATAS Negeri boleh melantik 5 orang exco tambahan. (Fasal 11 / G)
4. Mengeluarkan arahan kepada Pengerusi BATAS Daerah untuk melantik Ahli Jawatankuasa BATAS Daerah (Fasal 11/10) seperti berikut:-
4.1. Timbalan Pengerusi BATAS Daerah
4.2. Setiausaha BATAS Daerah.
4.3. Bendahari BATAS Daerah.
4.4. Ketua Penerangan BATAS Daerah.
4.5. Lima belas (15) orang Ahli Jawatankuasa BATAS Daerah.
* Exco BATAS Negeri dan Daerah adalah bertaraf PENAJA sebelum mendapat kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
* Perlantikan Ahli Exco BATAS Negeri dan Pengerusi BATAS Daerah hendaklah di buat dengan urusan persuratan serta di tandatangni oleh Presiden Negeri dan disalinkan kepada Presiden BATAS Kebangsaan serta Setiausaha Agung.
5. Presiden BATAS Negeri dan Pengerusi BATAS Daerah di kehendaki membuat permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia di negeri masing-masing dengan mengisi borang kebenaran menubuhkan cawangan Negeri dan Cawangan Daerah serta mengikut naskah perlembagaan pusat (akan di edarkan ) serta mendapat kelulusan BATAS Kebangsaan.
6. Seluruh ahli-ahli BATAS Malaysia hendaklah berdaftar dengan BATAS Malaysia di daerah masing-masing dan kelulusan menjadi ahli BATAS Malaysia akan di putuskan oleh BATAS Kebangsaan atau pusat.
7. Yuran ahli keseluruhannya hendaklah di serahkan kepada Bendahari Agung BATAS Malaysia sebelum di agihkankan semula mengikut keperatusan kepada BATAS Negeri dan BATAS Daerah. Setiap penerimaan yuran keahlian hendaklah disertakan dengan resit kepada ahli dan salinannya hendaklah di berikan kepada Bendahari BATAS Daerah, Negeri dan Kebabgsaan. ( Resit rasmi akan di edarkan )
8. Ahli BATAS Malaysia dan kepimpinanya di semua peringkat hendaklah individu yang beragama Islam atau Bumiputera sahaja sementara individu selain daripada itu ( warganegara 18 tahun ke atas ) hendaklah mengisi Borang Ahli Bersekutu dan tidak boleh memegang jawatan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. (Fasal5/1).Borang Ahli Bersekutu akan di edarkan dengan kadar segera.
bersambung........