PROGRAM INFAQ RAMADHAN

Pada 27 Ogos 2011.BATAS Malaysia telah mengadakan program Infaq Ramadhan dan Kempen Jalur Gemilang sempena menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarakh dan Ulangtahun Kemerdekaan Negara ke 54. Program tersebut telah di adakan secara sederhana bertempat di Restoran End Lot Cafe & Bistro ( milik Setiausaha Agung BATAS Malaysia ) diJalan Sembilang. Taman Tenaga, Km.6, Jalan Cheras, 56000, Kuala Lumpur.


Majlis tersebut telah di rasmikan oleh YB Datuk Hj. Ahmad Hj. Maslan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Beliau di sambut oleh YM Ayahanda Khalifah PLG Al-Rawa selaku Presiden BATAS Malaysia.


Seramai 40 orang anak-anak yatim Rumah Pangsa DBKL telah di pilih untuk menerima bantuan hari raya. Turut menerima bantuan hari raya adalah terdiri diri 20 orang warga penduduk Rumah Pangsa DBKL.